Jumaat, 27 Januari 2017

Ahad, 15 Januari 2017

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Bahan-bahan :

1 kg isi nangka
250 gram gula pasir
1200 ml air


Cara Membuatnya :

1. Rebus nangka bersama air dan gula sehingga mendidih dan empuk.

2. Apabila nangka sudah empuk, tutup api dan sejukkan.

3. Kemudian blender isi nangka bersama air rebusan tadi.

4. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam jug.

5. Jika terlalu manis, boleh tambahkan air masak secukupnya.

6. Ikat plastik aiskrim dengan ketat dan kemas.

7. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 18 Disember 2016

Aiskrim Sumi @ Jelly

Aiskrim Sumi @ Jelly

Aiskrim Sumi @ Jelly

Aiskrim Sumi @ Jelly

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
Secubit garam
2 bungkus sumi


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu cair dan susu pekat di dalam periuk.

2. Masukkan juga air kosong dan garam.

3. Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk seketika.

4. Masukkan sumi yang dibelah 4 ke dalam plastik.

5. Tuang bancuhan susu tadi dan bekukan dalam peti sejuk.