Ahad, 26 Februari 2012

Kuih Kacang Potong Ain

Kuih Kacang Potong

Bahan-bahan : 

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga masak)
½ cawan lenga (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan) 
1 cawan gula putih
Daun pisang secukupnya

Cara Membuatnya : 

Goreng gula di dalam kuali sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula betul-betul cair kesemuanya.

Kemudian, masukkan kacang tanah dan lenga. Kacau hingga sebati. Tutup api. 

Tuangkan ke atas daun pisang untuk dicanai. Tekan sehingga padat dan rata. Tekan mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan.

Isnin, 23 Januari 2012

Kek Kelapa Rehan

Kek Kelapa Rehan

Bahan-bahan : 

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus 
8 biji telur
2 cawan tepung gandum 
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh esen vanilla 
2 cawan kelapa parut (dipanaskan dalam kuali selama 15 minit tetapi jangan sampai garing)
Pewarna (jika suka)

Cara Membuatnya : 

Pukul marjerin dan gula hingga kembang. 

Masukkan esen vanilla dan juga kelapa parut. 

Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati. 

Akhir sekali, masukkan pewarna jika mahu kek lebih menarik.

Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. 

Bakar hingga masak.
 

Kek Pisang Ain

Kek Pisang

Bahan-bahan : 

7 biji pisang emas
1 cawan minyak 
1 cawan gula
1 ½ cawan tepung gandum 
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Membuatnya : 

Blender gula, telur dan pisang hingga hancur. Setelah itu, tuangkan ke dalam bekas.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan pisang tadi. 
 
Akhir sekali, masukkan minyak. Kacau hingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang kek yang ditabur dengan tepung atau boleh juga disapu dengan marjerin agar kek tidak melekat. 

Bakar dalam oven. Kek akan bertukar kehitaman. Cucuk dengan lidi atau batang sudu untuk memastikan kek masak atau pun tidak. Jika serpihan kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak.

Sedia untuk dihidang.