Isnin, 22 April 2013

Aiskrim Buah Markisa

Aiskrim Buah Markisa yang telah disejukkan

Sebelum disejukkan

Buah Markisa yang mempunyai banyak khasiatnya

 

Bahan-bahan :

 

5 biji buah markisa
Air gula secukupnya
Air masak


Cara Membuatnya :

 

1. Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalamnya. Kisar di dalam blender bersama sedikit air.
 
2. Tapis bahan yang dikisar tadi menggunakan penapis. Tambahkan air masak sedikit demi sedikit jika terlalu pekat.
 
3. Seterusnya, masukkan air gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
 
4. Tuangkan air markisa tersebut di dalam plastik aiskrim dan diikat. 
 
5. Bekukan hingga keras. Sedia untuk dinikmati.

Roti Telur


Bahan-bahan :


6 keping roti sandwich
2 biji telur
Secubit garam halus
½ camca teh serbuk lada sulah
Sedikit marjerin untuk menggoreng


Cara Membuatnya :


1. Satukan telur, garam halus dan lada sulah di dalam bekas. Kemudian kacau atau kokok sedikit agar ianya sebati. 

2. Panaskan kuali non stik dengan api sederhana. Jika tiada boleh juga menggunakan kuala biasa dan letak sedikit marjerin. 

3. Celup roti dalam bancuhan telur dan digoreng. Balik atau alihkan bila sudah kekuningan. 

4. Makan panas-panas dengan menyapu atas permukaan roti dengan sos cili campur mayonis atau mengikut citarasa sendiri.

5. Selamat menjamu selera.

Jelatah


Bahan-bahan :


1 biji nenas (dibelah 4, dibuang tengah dan dihiris nipis)
2 biji timun (dihiris nipis)
Sos cili
1 ulas bawang besar (dihiris)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Membuatnya :


Campurkan bawang besar, nenas dan timun di dalam satu bekas.

Masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa mengikut citarasa anda.

Sedia untuk dihidang.