Jumaat, 16 Mei 2014

Air Bandung Selasih

Air Bandung Selasih

Air bandung mata kasih

Bahan-bahan :

Susu pekat manis
Gula
2 sudu besar biji selasih
Perisa ros
Air panas
Air masak
Ketul ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Mula-mula, rendam biji selasih di dalam air panas hingga kembang.

2. Bancuh air gula dan masukkan susu pekat manis secukupnya.

3. Masukkan juga perisa ros dan air masak.

4. Seterusnya, masukkan biji selasih yang telah ditoskan airnya.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais.

6. Sedia untuk dinikmati. Simple tapi amat menyegarkan. 

Khamis, 15 Mei 2014

Cucur Pisang


Bahan-bahan :

Pisang yang kekuningan (masak dan tidak terlalu ranum)
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (jika suka)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam, kapur makan dan serbuk kunyit.

3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diperlukan.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Belah pisang dan celupkan ke dalam tepung.

6. Panaskan minyak, goreng pisang sehingga garing. Kemudian bolehlah diangkat.

7. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 8 Mei 2014

Muffin Coklat Cip

Muffin Coklat Cip

Sumber Resipi :
Bahan-bahan :

120 gram gula pasir
125 gram mentega
3 biji telur
2 sudu besar susu tepung
250 gram tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko
100 ml air
Coklat cip secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega serta gula pasir sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi.

3. Diikuti pula dengan tepung naik sendiri, susu tepung, serbuk koko serta air.

4. Pukul hingga kesemuanya sebati.

5. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam cup muffin sehingga 80% cup sahaja.

6. Akhir sekali, taburkan cip coklat di atasnya.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 180 oC dan bakar selama 15 minit.

8. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba…