Biskut Oat Nestum

Biskut Oat Nestum

Biskut Oat Nestum

Biskut Oat Nestum

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan oat
1 cawan Nestum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dengan marjerin sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan esen vanila dan telur.

3. Masukkan oat dan Nestum.

4. Ayak tepung jagung dan tepung gandum.

5. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

6. Canaikan doh dan terap dengan acuan yang digemari.

7. Bakar di dalam ketuhar sehingga garing.

8. Sedia untuk dinikmati.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum dah 3 kali saya buat biskut menggunakan resepi puan. Alhamdulillah anak2 dan kawank suka. Terima kasih ngan resepi ini

    BalasPadam