Kek Span Coklat Cheese

Rabu, 10 Ogos 2022

Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Resipi Kek Span Coklat Cheese

Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram susu full krim

20 gram ovallet

5 biji telur gred B

1 sudu besar esen vanila

2 sudu besar coklat emulco

50 gram minyak jagung

 

Bahan Untuk Krim :

250 gram cream cheese (suhu bilik)

50 gram susu pekat

500 gram fresh krim

Sedikit coklat emulco

 

Bahan Untuk Coklat Ganache :

250 gram dark coklat

180 gram whipping cream

2 sudu besar butter atau marjerin

 

Cara Membuat Kek :

1. Campurkan tepung spongemix, susu full krim dan ovallet dalam food processor.

2. Masukkan juga coklat emulco, telur dan juga esen vanilla.

3. Putar selama 2 minit atau sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 165 hingga 170 selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Membuat Ganache :

1. Campurkan whipping cream, dark coklat dan butter.

2. Masak secara double boiling sehingga coklat cair dan sedikit pekat.

3. Biarkan ia sejuk.

 

Cara Membuat Krim :

1. Putarkan cream cheese, susu dan coklat emulco sampai sebati. Ketepikan.

2. Putar pula fresh krim sehingga gebu.

3. Kemudian campurkan dengan cream cheese tadi.

4. Putar sekejap sahaja bagi sebati.

 

Nota :

1. Boleh dapat 2 biji kek jika menggunakan loyang saiz 7 inci.

2. Boleh buat setengah saja adunan krim dan ganache jika tidak mahu terlalu banyak atau berlebihan.

3. Cream cheese harus dibiarkan suhu bilik manakala fresh krim kena sejuk dari peti ais.

4. Resipi asal merupakan kek tarik duit. Boleh klik di sini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan