Kek Vanila Durian

Ahad, 4 Ogos 2024

Kek Vanila Durian


 
 
 




Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram susu full krim

20 gram ovallet

5 biji telur gred B

1 sudu besar esen vanila

50 gram minyak jagung

 

Bahan Untuk Krim :

Fresh krim Vivo

Isi durian (dihancurkan)

Pewarna hijau

 

Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung spongemix, susu full krim dan ovallet dalam food processor.

2. Masukkan juga telur dan juga esen vanila.

3. Putar selama 2 minit atau sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 165 hingga 170 selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Membuat Krim :

1. Putar fresh krim, isi durian dan pewarna hijau sehingga gebu.

2. Tidak boleh putar terlalu lama kerana akan menjadi cair.

3. Masukkan fresh krim yang telah kembang dalam piping bag.

 

Cara Deko Kek

1. Belah kepada dua bahagian, letakkan fresh cream yang diputar tadi.

2. Salutkan luar kek dengan krim yang diputar tadi.

3. Potong piping bag, boleh buat seperti duri durian atau ikut kreativiti.

 

7 ulasan:

  1. p/d tau buat kek coklat cheese tak? yg kukus tu... sy teringin nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pula yang mana. Saya tak pandai pun masak tetapi suka mencuba resipi baru. Simpan sini agar tidak hilang dan lupa :)

      Padam
  2. nampak sedap tu. teringin nak cuba buat sendiri la.

    BalasPadam
  3. Sedap sangat ni. Thanks for sharing resepi.

    BalasPadam