Cara Membuka Tin Makanan Dengan Betul

Selasa, 16 Julai 2013

Cara Membuka Tin Makanan Dengan Betul

Susu F&N
Sebelum membuka apa-apa tin sekali pun, basuh bahagian atas tin dengan air yang mengalir terlebih dahulu. Kemudian lap dengan kain bersih. Begitu juga dengan pemotong pembuka tin harus dibasuh dengan bersih. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan apa-apa bakteria atau kuman dari menjangkiti makanan di dalam tin.

Lakukan perkara yang sama sesudah ia digunakan. Jika tidak bahagian pemotong pembuka tin ini mungkin akan menjadi salah satu tempat pembiakan bakteria. Sekiranya anda menggunakan pemotong tin elektrik, cucikannya dengan air suam bersabun. Selepas itu lapkan dengan kain bersih.

Sumber : Mingguan Wanita
 

1 ulasan:

  1. Sekarang ni dah ada pembuka tin yang canggih, pakai bateri dan mudah untuk kita guna.
    Alat ni buka tin secara automatik dan selamat untuk diguna..
    http://www.muslimchoices.com/?p=pembuka_tin_ajaib&s

    BalasPadam