Murtabak Telur

Sabtu, 6 Julai 2013

Murtabak Telur

Murtabak Telur

Murtabak Telur yang enak

Bahan Inti : 

1 cawan isi ayam (dicincang halus atau dikisar)
2 ulas bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
4 sudu besar serbuk kari daging
Minyak masak (menumis)
5 biji telur ayam (dipukul sedikit)
Garam secukup rasa
Sedikit daun kari 


Bahan Doh : 

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Cara Penyediaan Inti :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2. Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

3. Seterusnya, masukkan garam dan daun kari. 

4. Kacau hingga sedikit kering. Masukkan telur dan gaul rata. 


Cara Penyediaan Doh :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur, gula dan garam.

2. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam. 

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi. 

6. Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak. 

7. Enak disajikan bersama kuah kari atau jeruk bawang merah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan