Mungkin
anda biasa mengalami masalah kutu beras yang sungguh merungsingkan. Maklumlah,
kerana adanya kutu beras ini, kerja-kerja mencuci beras akan menjadi lebih
sukar. Malah ia akan mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya. Pun
begitu, jangan bimbang petua berikut mungkin boleh membantu. Untuk mengelakkan
kehadiran kutu beras di dalam beras yang anda simpan, ambilkan lima atau enam
tangkai cili kering dan masukkannya ke dalam bekas menyimpan beras. Gaulkan
cili kering tadi dengan beras dan biarkannya di dalam bekas tersebut selagi
anda menyimpan beras di dalamnya. Insya-Allah akan berpuas hati dengan
hasilnya.
Sumber : Mingguan Wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan