Kek Vanila Strawberi

Sabtu, 3 Ogos 2024

Kek Vanila Strawberi








Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram susu full krim

20 gram ovallet

5 biji telur gred B

1 sudu besar esen vanila

50 gram minyak jagung

 

Bahan Untuk Krim :

Fresh krim Vivo

Filling strawberi

 

Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung spongemix, susu full krim dan ovallet dalam food processor.

2. Masukkan juga telur dan juga esen vanila.

3. Putar selama 2 minit atau sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 165 hingga 170 selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Membuat Krim :

1. Putar fresh krim sehingga gebu.

2. Tidak boleh putar terlalu lama kerana akan menjadi cair.

3. Masukkan fresh krim yang telah kembang dalam piping bag.

4. Untuk memudahkan masukkan juga filling strawberi dalam piping bag.

 

Cara Deko Kek

1. Belah kek kepada dua bahagian.

2. Letakkan fresh cream diikuti filling strawberi.

3. Deko mengikut kreativiti menggunakan krim dan filling strawberi tadi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan