Bahan-bahan :
250 gram cream cheese
(biarkan pada suhu bilik sekitar 30 minit)
1/2 cawan @ 5 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu full cream @ susu segar (untuk adunan)
1 paket biskut cream crackers (seperti Hup Seng)
1 mangkuk susu full cream @ susu segar (untuk mencelup biskut)
Nestum, serbuk Milo, serbuk koko
Cara Membuatnya :
1. Pukul atau kisar cream cheese bersama susu pekat manis dan
1/2 cawan susu full cream sehingga licin dan tidak berketul.
2. Celupkan biskut cream crackers ke dalam mangkuk susu segar
selama kira-kira dua saat sahaja supaya biskut tidak terlalu lembik.
3. Susun satu lapisan biskut di dasar loyang atau bekas.
Sapukan lapisan adunan cream cheese di atasnya, diikuti taburan Nestum atau
topping pilihan.
4. Ulang langkah menyusun biskut, cream cheese dan topping
sehingga habis. Akhiri dengan lapisan cream cheese serta topping di bahagian
paling atas.
5. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 hingga 4 jam
(atau semalaman) sebelum dipotong dan dihidangkan sejuk.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan