Bahan-bahan :
1 bungkus spageti
1 tin sos pasta Prego carbonara cendawan
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 kotak kecil susu full cream
1 bungkus sosej (dipotong)
Sedikit garam
Cara Membuatnya :
1. Mula-mula masukkan air dalam periuk, spageti dan sedikit minyak.
2. Masak sampai spageti kembang dan lembut. Tutup api dan toskan airnya.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan sosej dan goreng sehingga keperangan.
5. Tuangkan sos pasta Prego carbonara cendawan dan juga susu full cream.
6. Boleh masukkan sedikit air dan garam mengikut citarasa.
7. Kacau dan reneh sehingga mendidih.
8. Sedia dinikmati bersama spageti.
fav sy ni. mkn ari2 pun x pe. kdg tambah sikut cili api sbb nk rs sikit pedas😀
BalasPadamBetul tu.. lebih puas makan :)
Padam