Isnin, 26 Mei 2014

Aiskrim Mangga

aiskrim mangga


Bahan-bahan :

2 biji buah mangga masak
Gula secukup rasa
Air masak


Cara Membuatnya :

1. Masukkan isi mangga, gula dan juga sedikit air ke dalam blender.

2. Kisar hingga isi mangga hancur dan tuangkan ke dalam bekas.

3. Campurkan air masak jika air mangga terlalu pekat dan kacaukan.

4. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan kemas.

5. Bekukan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 16 Mei 2014

Air Bandung Selasih

Air Bandung Selasih

Air bandung mata kasih

Bahan-bahan :

Susu pekat manis
Gula
2 sudu besar biji selasih
Perisa ros
Air panas
Air masak
Ketul ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Mula-mula, rendam biji selasih di dalam air panas hingga kembang.

2. Bancuh air gula dan masukkan susu pekat manis secukupnya.

3. Masukkan juga perisa ros dan air masak.

4. Seterusnya, masukkan biji selasih yang telah ditoskan airnya.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais.

6. Sedia untuk dinikmati. Simple tapi amat menyegarkan. 

Khamis, 15 Mei 2014

Cucur Pisang


Bahan-bahan :

Pisang yang kekuningan (masak dan tidak terlalu ranum)
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (jika suka)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam, kapur makan dan serbuk kunyit.

3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diperlukan.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Belah pisang dan celupkan ke dalam tepung.

6. Panaskan minyak, goreng pisang sehingga garing. Kemudian bolehlah diangkat.

7. Sedia untuk dihidang.