Halwa Roselle

Sabtu, 8 April 2017

Halwa Roselle

halwa roselle

halwa roselle

halwa roselle

buah roselle


Bahan-bahan :

30 biji roselle (kopek kelopak,  buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar


Cara Membuat Halwa Roselle :

1. Masukkan kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama air.

2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan menggelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.

4. Tutup api dan tapiskan air roselle. Simpan kelopaknya untuk dibuat halwa.

5. Air roselle yang dihasilkan boleh dibancuh bila-bila masa sahaja.

6. Tambahkan ketul ais secukupnya untuk menikmati minuman sejuk.

7. Kelopaknya pula boleh dijemur di bawah terik matahari sehingga kering.

8. Maka terhasillah halwa dan sedia untuk dinikmati.


Nota :

Jika anda berasa kelopak roselle kurang manis setelah ditapis, anda boleh melakukan kaedah di bawah.

Jika anda sudah berasa cukup manis, boleh terus jemur kelopak roselle tersebut.


Bahan-bahan :

Kelopak roselle yang ditapis
1 sudu besar gula
1 sudu besar air


Cara Membuatnya :

1. Panaskan gula dan air di dalam periuk menggunakan api sederhana.

2. Panaskan hinga gula larut.

3. Masukkan kelopak roselle dan kacau hingga kering.

4. Tutup api dan keringkan kelopak roselle.

Tiada ulasan:

Catat Komen