Khamis, 16 Februari 2017

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin kosong dari bekas susu)
Sedikit garam
20 batang choki choki


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu pekat dan susu cair di dalam periuk.

2. Masukkan juga 4 tin air dan sedikit garam.

3. Kacau hingga mendidih dan matikan api. Biarkan ia sejuk seketika.

4. Sementara itu, picit choki choki dan masukkan dalam plastik aiskrim.

5. Ratakan choki choki hingga ke hujung plastik aiskrim.

6. Satu choki choki untuk satu batang aiskrim.

7. Tuangkan susu yang dimasak tadi dan ikat dengan ketat.

8. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 11 Februari 2017

Dadih Menggunakan Susu Pekat Manis

dadih

dadih homemade

dadih sedap

Bahan-bahan :

10 gram agar-agar tali
7 ½  mug air
Sedikit gula
1 tin susu pekat manis
2 helai daun pandan (disimpul)
Pelbagai perisa


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.

2. Letakkan juga daun pandan agar lebih wangi.

3. Apabila agar-agar hancur, masukkan gula dan biarkan gula larut.

4. Masukkan juga susu pekat manis dan masak hingga mendidih.

5. Tutup api dan bahagikan kepada beberapa bahagian.

6. Tuangkan perisa yang digemari.

7. Biarkan agar-agar sejuk sepenuhnya di dalam peti ais.


Nota : 

Boleh masukkan perisa milo, serbuk koko, strawberi emulco, pandan emulco dan sebagainya mengikut citarasa sendiri.

Ahad, 15 Januari 2017

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Aiskrim Nangka

Bahan-bahan :

1 kg isi nangka
250 gram gula pasir
1200 ml air


Cara Membuatnya :

1. Rebus nangka bersama air dan gula sehingga mendidih dan empuk.

2. Apabila nangka sudah empuk, tutup api dan sejukkan.

3. Kemudian blender isi nangka bersama air rebusan tadi.

4. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam jug.

5. Jika terlalu manis, boleh tambahkan air masak secukupnya.

6. Ikat plastik aiskrim dengan ketat dan kemas.

7. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.