Bahan-bahan :
1 paket besar kulit popia
1 cawan Nestum
1/2 cawan Milo
1/2 cawan gula halus
Cara Menggulung Kulit Popia :
1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.
1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.
2. Ambil sekeping kulit popia,
gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh
digunakan.
3. Gulung kulit popia dan di
hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.
4. Selepas semuanya siap
digulung, gunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting
menyerong kerana nestum dan milo boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.
5. Apabila siap digunting, goreng
kulit popia hingga kekuningan.
Cara Membuat Adunan Nestum Milo :
1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.
1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.
2. Salutkan dengan adunan nestum milo
ini ketika kulit popia masih panas supaya ia melekat.
3. Sedia untuk dihidang.