Jumaat, 5 Oktober 2012

Karipap Gulung


Karipap Gulung


Bahan Untuk Kulit :

500 gram tepung gandum (diayak)
3 sudu marjerin (dipanaskan sehingga cair)
Sedikit garam


Bahan Untuk Inti :

1 kg ubi keledek (dipotong dadu)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
24 gram rempah kari daging (lebih kurang 5 sudu besar)
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula


Cara Membuat Kulit :

Masukkan marjerin yang telah dicairkan ke dalam tepung gandum. Gaulkan.

Kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Kemudian bolehlah dibentuk untuk menghasilkan karipap gulung.


Cara Membuat Inti :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah dan juga daun kari. Tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau.

Bancuh rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan tersebut ke dalam kuali.

Setelah itu masukkan  ikan bilis, ubi keledek, gula dan garam secukup rasa. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.

Hendaklah dibuka dan dikacau selalu. Masak hingga ubi keledek empuk dan airnya kering. Tutup api. Sedia untuk membuat karipap gulung.

Ahad, 30 September 2012

Kuih Jagung

Kuih Jagung


Bahan A :
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
6 butir telur
1 cawan marjerin
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan B :
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik 


Cara Membuatnya : 

1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.

 2. Selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.

 3. Akhir sekali, masukkan adunan tadi dalam acuan. Kemudian kukus atau bakar sehingga masak selama 15-20 minit.
 

Sabtu, 29 September 2012

Agar-agar Kastard


Agar-agar Kastard


Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Kuning telur
Dua helai daun pandan (disimpul)
Gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air sehingga kembang. Masukkan juga daun pandan.

2. Setelah agar-agar kembang, masukkan gula pasir dan direbus selama beberapa minit.

3. Bancuh tepung kastard dengan secawan air. Bancuhan itu dimasukkan ke dalam agar-agar lalu dikacau sehingga agak pekat.

4. Apabila campuran tersebut masak, masukkan kuning telur beserta esen vanila lalu dikacau sehingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga agar-agar keras.