Khamis, 8 Ogos 2013

Kuih Buah Rotan

Kuih Buah Rotan

Bahan-bahan :

400 gram tepung pulut
Santan
2 biji telur ayam (pukul sedikit)
Sedikit garam
4 sudu besar gula
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

Santan dimasak hingga mendidih. Biarkan ianya sejuk.

Masukkan tepung pulut di dalam bekas. Masukkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan santan yang dimasak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Uli seperti adunan membuat karipap.

Ambil sedikit adunan dan buat bentuk bulat-bulat kecil. Jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang ketika digoreng nanti.

Letakkan ke dalam bekas yang berisi bijan dan digolek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak melekat antara satu sama lain.

Goreng hingga garing dengan api yang sederhana. Sedia untuk dihidang.

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Bahan-bahan :

125 gram buttercup
½ cawan madu
2 sudu besar gula
8 cawan cornflakes
Sedikit kismis
Gula manik sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

1. Cairkan buttercup, gula dan madu di dalam kuali.

2. Masukkan cornflakes dan kismis.

3. Kacau rata dan masukkan ke dalam cawan kertas.

4. Taburkan gula-gula manik di atasnya. 

5. Bakar pada suhu 170 oC selama 10 minit.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Biskut Arab Susu

Biskut Arab Susu

Biskut Arab

Bahan-bahan :

2 cawan susu tepung (biasa guna susu Nespray)
2 cawan minyak sapi (tidak perlu dicairkan dahulu)
Sedikit garam
7 cawan tepung gandum (diayak)
Ceri  merah secukupnya (potong kecil-kecil)
Gula aising (untuk digaul pada biskut apabila sudah masak)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu tepung, minyak sapi dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil.  Hias dengan ceri dan bakar hingga masak (15-20 minit) pada suhu 180 oC.

4. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising. Sedia untuk dihidang.

Sumber : Yatiememories