Jumaat, 13 September 2013

Aiskrim Goreng

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan :

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus roti)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Lembabkan roti dengan air atau gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.

2. Skopkan aiskrim ke atas roti ditengah-tengahnya.

3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.

4. Tekan menggunakan cawan plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan. 

5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.

6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul panas. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 4 September 2013

Cucur Nangka

Cucur Nangka

Bahan-bahan :

2 cawan buah nangka masak yang telah dipotong memanjang
3 cawan tepung gandum
Garam
Gula
1 biji telur
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

Campurkan tepung gandum dan juga buah nangka yang telah dipotong.

Masukkan telur, gula dan garam secukup rasa.

Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati hingga adunan boleh dijemput untuk membuat cucur.

Sudukan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe
Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 ½ sudu serbuk Nescafe
7 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar-agar hancur dan mendidih.

Seterusnya, masukkan gula secukup rasa. Tunggu hingga gula larut.

Kemudian, masukkan susu cair dan juga serbuk Nescafe. Kacau hingga sebati dan masak sehingga mendidih.

Tuangkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk hingga agar-agar menjadi keras.

Sedia untuk dihidang dan dinikmati.