Ahad, 13 Disember 2020

Agar-agar Sumi Sirap Selasih


 


Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali

7 ½ mug air

Gula secukup rasa

3 bungkus sumi

Bes minuman perisa ros

3 sudu besar selasih (direndam dengan air panas)

2 helai daun pandan (disimpul)

 

Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 7 ½ mug air sehingga hancur.

2. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.

3. Kemudian masukkan gula secukup rasa.

4. Masukkan selasih yang telah kembang dan ditoskan airnya.

5. Tunggu hingga mendidih dan tutup api.

6. Biarkan agar-agar sejuk seketika.

7. Susun sumi ke dalam bekas.

8. Tuang agar-agar yang dimasak tadi.

9. Masukkan sedikit bes minuman perisa ros jika suka dalam agar-agar.

10. Tunggu hingga agar-agar keras dan sedia untuk dinikmati.

 

Sabtu, 24 Oktober 2020

Jelly Roselle

 
 
 

Bahan-bahan : 

20 gram agar-agar tali 

25 biji roselle – saiz kecil (kopek kelopak,  buang biji dan cuci bersih) 

1 cawan gula 

Gula secukup rasa 

Air secukupnya


 Cara Membuatnya : 

1. Bersihkan kelopak roselle yang telah dibuang bijinya. 

2. Masukkan 3 mug air dalam periuk, roselle dan gula. 

3. Masak sampai mendidih dan kelopak roselle mengeluarkan warnanya. 

4. Tutup api, biarkan sejuk dan tapis. 

5. Masak agar-agar bersama 5 mug air dalam periuk. 

6. Biarkan sehingga agar-agar hancur. 

7. Kemudian masukkan sirap roselle yang telah ditapis tadi. 

8. Masukkan sedikit demi sedikit, jika terlalu pekat jangan masukkan semua. 

9. Tambahkan gula secukup rasa jika kurang manis. 

10. Masak sehingga mendidih, tuang dalam bekas dan biarkan sejuk.

 

Selasa, 26 Mei 2020

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco

Bahan-bahan :

1 cawan butter
3 sudu besar besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
Pandan emulco
3 ¼ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, susu, minyak sapi, kuning telur dan pandan emulco.

2. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.

3. Masukkan satu cawan tepung gandum ke dalam adunan butter.

4. Letakkan juga tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.

5. Kemudian tuang baki tepung sedikit demi sedikit.

6. Uli dalam 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan cantik.

7. Terap ikut acuan kesukaan, isi jem dan gulung.

8. Sapu dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning.

9. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.