Sabtu, 29 September 2012

Agar-agar Kastard


Agar-agar Kastard


Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Kuning telur
Dua helai daun pandan (disimpul)
Gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air sehingga kembang. Masukkan juga daun pandan.

2. Setelah agar-agar kembang, masukkan gula pasir dan direbus selama beberapa minit.

3. Bancuh tepung kastard dengan secawan air. Bancuhan itu dimasukkan ke dalam agar-agar lalu dikacau sehingga agak pekat.

4. Apabila campuran tersebut masak, masukkan kuning telur beserta esen vanila lalu dikacau sehingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga agar-agar keras.
 

Rabu, 26 September 2012

Kek Permaisuri

Kek Permaisuri

Bahan-bahan :

60 gram tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
60 gram marjerin
60 gram gula halus
1 biji telur (dipukul bersama esen vanila)
½ camca teh esen vanila
30 gram buah-buahan kering


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan dahulu.

2. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan putih.

3. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar lagi.

4. Kaup tepung dengan sudu logam sedikit demi sedikit sehingga habis.

5. Masukkan buah-buahan kering dan kacau rata.

6. Bakar selama 15-20 minit hingga kek berwarna kuning keemasan.

Isnin, 24 September 2012

Pau Kukus Kelapa

pau kukus inti kelapa

Bahan Untuk Pau :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang


Bahan Untuk Inti Kelapa :

Kelapa parut (dibuang kulit hitamnya)
Sedikit gula merah
Gula putih secukupnya


Cara Membuat Pau :

1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan inti kelapa di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.


Cara Membuat Inti Kelapa:

1. Gula merah dimasak bersama sedikit air sehingga hancur dan ditapis untuk membuang bendasing di dalamnya.

2. Campurkan kelapa parut, air gula merah dan gula di dalam periuk. Masak di atas api sehingga kering.

3. Hendaklah dikacau selalu semasa memasaknya agar tidak hangit. Tutup api dan sejukkan.