Sabtu, 8 Februari 2025

Cucur Nestum Simple




Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum

1 cawan Nestum

5 sudu besar gula

1 sudu teh garam

½ @ 1 sudu teh soda bikarbonat

1 ½ cawan air


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung gandum, Nestum dan gula dalam bekas.

2. Masukkan juga garam dan soda bikarbonat.

3. Gaul sebati bahan-bahan tersebut.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

5. Panaskan minyak, goreng hingga keperangan.


Sabtu, 1 Februari 2025

Nasi Briyani Adabi




Bahan-bahan :

3 cawan beras basmathi (basuh dan rendam selama setengah jam)

Sedikit minyak

2 sudu besar marjerin @ minyak sapi

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

1 batang kulit kayu manis

2 helai daun pandan

3 ulas bawang putih (kisar)

1 biji bawang besar (kisar)

1 inci halia (kisar)

2 sudu besar rempah briyani Adabi

Garam secukup rasa

Kismis

2-3 ketul ayam

½ cawan susu cair

4 cawan air biasa

Lobak merah (dipotong)

Kismis

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan marjerin.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta daun pandan.

3. Masukkan juga bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga wangi.

4. Masukkan rempah briyani yang telah dikacau dengan sedikit air.

5. Masak hingga pecah minyak.

6. Masukkan ayam dan biarkan ayam seketika.

7. Kemudian masukkan susu cair, beras dan air.

8. Masukkan garam secukup rasa dan juga lobak merah.

9. Kacau sebati, boleh masak nasi seperti biasa.

10. Bila sudah masak, taburkan kismis di atasnya.

 

Nota :

1. Sukatan untuk beras basmathi 1 cawan beras bersamaan dengan 1 ½ cawan air.

2. Beras perlu dibasuh dan direndam selama setengah jam.


Sabtu, 14 Disember 2024

Apam Gula Merah @ Tiktok DMK@Norra



Bahan A :

1 cawan gula merah

2 cawan air

Daun pandan (simpul)

 

Bahan B :

3 cawan tepung gandum

3 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil garam

1 bungkus yis (11 gram)

 

Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga gula larut.

2. Sejukkan dan tapis air gula merah tersebut.

3. Satukan tepung gandum, garam, gula dan juga yis.

4. Campurkan bahan A dengan bahan B. Gaul hingga rata.

5. Perap adunan selama satu jam.

6. Oles acuan dengan minyak terlebih dahulu. Tuang adunan dalam ¾ acuan.

7. Didihkan air pengukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit.

8. Hidang dengan kelapa parut yang telah dikukus.