Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung berserbuk penaik
Strawberi emulco
Serbuk koko
Cara
Membuatnya :
1. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sekata.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga
adunan sekata.
5. Asingkan adunan kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian diletakkan strawberi emulco dan satu lagi
masukkan serbuk koko.
7. Sapukan bekas acuan dengan sedikit marjerin.
8. Letakkan sesudu adunan secara berselang-seli atau mengikut
kreativiti sendiri.
9. Bakar adunan sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan