Bahan-bahan
:
1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 cawan air
Cara
Membuatnya :
1. Kisar nasi sejuk bersama gula dan air sehingga hancur.
2. Campurkan bahan yang dikisar bersama tepung dan yis.
3. Kacau hingga sebati dan perap adunan selama 3 jam.
4. Masukkan dalam acuan yang disapu sedikit minyak.
5. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.
6. Enak dimakan bersama kelapa parut putih dicampur sedikit
garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan