Bahan A :
500 gram beras pulut
500 gram beras pulut
1 ¼ mug santan cair
½ mug air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
½ biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa
Daun pisang (dilayurkan)
Bahan B (Air Gula) :
1 cawan air
Bahan B (Air Gula) :
1 cawan air
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.
1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.
2. Masukkan beras pulut, santan dan juga air daun pandan ke dalam
loyang.
3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Ketepikan
dahulu.
5. Bungkuskan pulut yang telah masak dengan daun pisang. Tekan
dengan padat.
6. Ikat hujung daun pisang dengan tali agar tidak terbuka.
7. Kukus semula pulut tersebut selama 10 hingga 15 minit.
Tutup api.
8. Potong pulut dengan benang agar lebih cantik.
9. Gaulkan pulut tersebut dengan kelapa yang telah dimasukkan sedikit garam.
10. Hidangkan dengan air gula yang dimasak tadi.
Assalam Eyma. Emm..sedapnya tapi apa yang merajuk tu... Kalau akak...merajuk sebab tak cukup makan Lopes...hihi...
BalasPadamWaalaikumsalam...Semasa nak buat asyik nak merajuk je kak.. Tu letak nama gitu..he he..
Padam