Bahan-bahan :
500 gram udang sederhana besar
2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil halba campur
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Setangkai daun kari
2 biji kentang (potong dadu besar)
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar bancuhan pati asam jawa
Bahan Tumbuk Halus :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasaknya :
1. Udang dibersihkan dengan cara
belah bahagian belakang (tidak buang kulit).
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
5. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
6. Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Nota :
Udang tidak boleh direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan kurang enak.
Kena cari roti canai ni
BalasPadamSedapnya.. Resepi pun nampak mudah untuk dicuba..
BalasPadamsedapnyerr.. 🤪
BalasPadamsaya dah follow jugak... singgah sini rasa lapar plak hehehe
BalasPadamAssalamualaikum sahabat blogger done follow back.
BalasPadamAdakah memang masak 3 ekor udang sahaja?
BalasPadamBelum pernah lagi buat gulai udang... rasa cam nak try lah.
BalasPadamMirip resep nya tapi kami gk pakai kayu manis, jadi pengen coba kalau gini
BalasPadamThanks follow blog saya.
BalasPadamDone follow back sambil melihat gulai udang marvellous.