Bahan-bahan :
250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 ½ cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
Cara Membuatnya :
1. Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna
kuning.
2. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
6. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum
secukupnya.
7. Guna acuan semperit pecah 15. Tekan atas dulang yang disapu
butter.
8. Letak ceri merah di tengah biskut.
9. Bakar pada suhu 170oC selama 25 minit atau
bergantung pada jenis ketuhar.