Ahad, 7 Ogos 2011

Agar-agar Cendul


Bahan-bahan : 

1 cawan agar-agar
4 sudu gula merah
4 senduk gula pasir
3 cawan air
1 ½ cawan santan pekat
Sedikit garam
Cendul secukupnya
½ cawan air untuk dimasak bersama gula merah dan gula pasir 

Cara Membuatnya : 

Agar-agar direbus bersama 3 cawan air. Masak hingga agar-agar larut.

Campurkan gula merah dan putih bersama ½ cawan air. Masak sehingga gula hancur.

Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu.

Kemudian, masukkan santan dan sedikit garam. Tunggu hingga mendidih.

Sementara itu, masukkan cendul ke dalam bekas. Apabila telah mendidih, tuangkan agar-agar tadi ke dalam bekas yang berisi cendul.

Sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Donut

Donut 

Bahan-bahan : 

500 gram tepung gandum
60 gram gula pasir halus
40 gram susu tepung
½ sudu teh garam
1 bungkus yis kering Mauripan
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur (pukul)
100 gram marjerin
Air secukupnya
½ - 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Gula halus / coklat cair dan coklat urai untuk ditaburkan


Cara Membuatnya : 

Masukkan tepung, serbuk penaik, gula, susu tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Masukkan telur, marjerin dan air. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.

Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik hingga 2 kali ganda. Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.

Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki. Biarkan adunan naik sekali lagi.

Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. Goreng donut sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Salut donut yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donut dan tabur dengan coklat urai.  

Sedia untuk dihidangkan.
  

Agar-agar Ros

Agar-agar Ros

Bahan-bahan : 

50 gram agar-agar atau 1 cawan agar-agar yang telah dibasuh
8 cawan air
1 ¼ cawan gula
Pewarna ros
2 helai daun pandan diikat 

Cara Membuatnya :

Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar hancur. Masukkan juga daun pandan.

Setelah agar-agar hancur, masukkan gula secukupnya dan pewarna ros.

Apabila telah mendidih, bolehlah dituang ke dalam dulang untuk disejukkan.