Bahan-bahan
:
Sebiji buah labu (dikupas dan
dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
Buah labu direbus hingga empuk.
Sementara itu, masak gula merah
bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.
Masukkan gula merah ke dalam labu
yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.
Setelah itu, masukkan santan
cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan
sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.
Akhir sekali, masukkan santan
pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih
terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.
Sedia untuk dihidang.