Bahan-bahan
:
20-25 biji pisang awak
5 sudu besar gula @ secukup rasa
1 ½ cawan santan
2 ½ cawan tepung beras
Sedikit garam
Daun pisang (dilayurkan)
Cara
Membuatnya :
1. Masukkan pisang, gula, garam
dan santan ke dalam blender.
2. Kisar hingga pisang hancur.
3. Tuangkan ke dalam bekas dan
masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kacau hingga semuanya sebati.
5. Ambil daun pisang dan letakkan
adunan di tengah dan bungkus dengan kemas.
6. Kukus sehingga masak dan sedia
untuk dihidang.
Nota
Sajian Hati :
1. Adunan kuih agak cair kerana
penggunaan tepung beras. Hal ini kerana jika terlalu pekat, kuih akan menjadi
keras.
2. Penggunaan tepung beras
membolehkan tekstur lepat menjadi licin dan cantik berbanding tepung gandum
serta rasanya yang lebih enak.
3. Keburukannya ialah agak sukar
untuk melipatnya kerana mudah terkeluar ketika membungkus. Oleh itu, anda perlu
cepat dan cekap semasa membungkusnya.