Bahan
Untuk Pau :
500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang
Bahan
Untuk Jem Nangka :
500 gram buah nangka masak
(dikisar halus)
175 gram gula pasir
7 sudu tepung sagu
½ cawan air
Cara
Membuat Pau :
1. Masukkan yis mauripan ke dalam
mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak
berketul.
2. Campurkan tepung gandum
bersama gula di dalam bekas.
3. Masukkan minyak dan yis tadi
sedikit demi sedikit.
4. Jika masih tidak mencukupi,
masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.
5. Buat bentuk bulat kecil dan
masukkan jem nangka di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan
tadi.
6. Letakkan setiap adunan tadi di
atas daun pisang yang dipotong bulat.
7. Setelah itu, bolehlah dikukus
selama 10 minit pada suhu yang tinggi.
Cara
Membuat Jem Nangka :
1. Masakkan nangka dengan gula
sehingga mendidih.
2. Bancuh tepung sagu dengan air.
3. Campurkan dalam nangka dan
kacau sehingga jem pekat.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.