Jumaat, 26 Ogos 2011

Biskut Chip Kelapa

Biskut Chip Kelapa

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 cawan kelapa kering
100 gram coklat chip
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung gandum

Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

Kemudian, masukkan kelapa kering dan coklat chip. Simpan sedikit coklat chip untuk dijadikan hiasan.
Setelah itu, masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Kacau dan seterusnya masukkan tepung gandum. Uli hingga sebati.

Kemudian, bolehlah dibentuk menggunakan acuan mengikut citarasa sendiri. Hiaskan dengan coklat chip agar kelihatan lebih menarik.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Apam Manis Simple

Apam Manis Simple

Bahan-bahan :

500 gram tepung gandum
¾ daripada 1 bungkus yis mauripan
5 sudu besar gula
1 biji telur
Air secukupnya
Gula untuk ditaburkan

Cara Membuatnya :

Ayak tepung terlebih dahulu. Kemudian masukkan gula, yis dan telur.

Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Adunannya adalah lembut sedikit berbanding membuat cucur.

Apabila telah sebati, tunggu hingga aduan naik buat seketika.

Setelah adunan naik, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan taburkan gula di atasnya.

Tunggu hingga masak. Kemudian bolehlah dihidang.

Ahad, 7 Ogos 2011

Roti Canai



Bahan Untuk Roti : 

1 kg tepung gandum
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Air secukupnya

Bahan Untuk Kuah : 

Kacang Dal secukupnya
1 bungkus kecil serbuk kari daging
2 helai daun kari
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris 

Cara Membuat Roti : 

Masukkan tepung gandum, gula dan garam. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Buat bentuk bulat-bulat.

Rendamkannya di dalam minyak masak agar tidak melekat. Canai adunan dan goreng hingga masak dengan api yang sederhana

Cara Membuat Kuah : 

Rendam kacang dal semalam. Kemudian, direbus hingga empuk dan dihancurkan.

Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari daging yang dicampur bersama air. Tunggu hingga pecah minyak.

Masukkan kacang dal yang yang telah dihancurkan, garam dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.

Bolehlah dihidang bersama roti.