Rabu, 24 Oktober 2012

German Cookies

German Cookies

German Cookies

Bahan-bahan :

125 gram butter
125 gram tepung kentang
80 gram tepung gandum (tepung superfine pun boleh)
40 gram gula aising
Secubit garam (tak letak pun tak apa)


Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayakkan keduanya.

2. Putar butter dengan gula aising sehingga kembang.

3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.

4. Keluarkan adunan dan ambil sedikit, buat bentuk bulat-bulat kecil sebesar guli. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan butter.

5. Celupkan garpu dalam air suam dan tekan ke atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Buat sehingga siap.

7. Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit. Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara.

Ubi Kentang Goreng

Ubi Kentang Goreng

Bahan-bahan :

Ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong)
Garam
Mayonis
Sos cili
Serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

Basuh ubi kentang yang dipotong. Campurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ubi kentang hingga garing dan empuk.

Campurkan mayonis dengan sedikit serbuk kunyit. Kacau hingga sebati.

Hidangkan ubi di dalam pinggan. Salutkan dengan mayonis yang dicampurkan dengan serbuk kunyit tadi beserta sos cili.

Sedia untuk dihidang bersama ayam goreng atau dimakan begitu sahaja.

Isnin, 15 Oktober 2012

Serawa Ubi Keledek

Serawa Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.