German Cookies
Oleh : matgebu@tiffinbiru.com
Bahan-bahan
:
125 gram butter
125 gram tepung kentang
80 gram tepung gandum (tepung
superfine pun boleh)
40 gram gula aising
Secubit garam (tak letak pun tak
apa)
Cara
Membuatnya :
1. Satukan tepung kentang dan
tepung gandum. Ayakkan keduanya.
2. Putar butter dengan gula
aising sehingga kembang.
3. Masukkan tepung yang telah
diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Simpan adunan ke dalam peti
sejuk selama 20 minit.
4. Keluarkan adunan dan ambil
sedikit, buat bentuk bulat-bulat kecil sebesar guli. Susun di atas dulang
pembakar yang telah disapu dengan butter.
5. Celupkan garpu dalam air suam
dan tekan ke atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Buat sehingga siap.
7. Bakar pada suhu 175oC
selama 20 minit. Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan