Ubi keledek (dikupas dan dipotong
kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama
sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.
Masukkan gula merah ke dalam ubi
yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.
Setelah itu, masukkan santan cair,
daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu
dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.
Akhir sekali, masukkan santan
pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih
terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.
Sedia untuk dihidang.
dah lama tak makan..sedapnya makan petang2 macam ni..
BalasPadamNanti bolehlah buat di rumah...
Padampeberet akak ni sedapnya
BalasPadamermm...yummy! petang ni bolehlah buat... keledek manis Cameron ada 2 ketol... sedapnyaaaa
BalasPadam