Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
100 gram buah gajus (dikisar)
1 cawan tepung ubi kentang
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
Cara
Membuatnya :
Pukul marjerin dan gula halus
hingga kembang. Masukkan esen vanila.
Seterusnya, masukkan buah gajus
yang dikisar. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung ubi kentang dan
tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
Tekan menggunakan acuan bentuk
gajus atau mengikut bentuk kegemaran sendiri. Jika suka boleh letakkan buah
gajus di atasnya sebagai hiasan.
Bakar hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan