Bahan-bahan
:
Daging (dipotong dadu kecil)
Beras
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Perencah sup (dikacau dengan
sedikit air)
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun sup dan daun bawang
Santan
Lobak merah
Sayuran hijau
2 helai daun nangka (untuk
melembutkan daging)
Garam secukup rasa
Cara
Membuatnya :
1. Masak beras dengan air yang
banyak sehingga hancur. Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak.
2. Sementara menunggu nasi
lembut, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang
merah, bawang putih dan halia. Masukkan juga bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Setelah bawang menjadi kuning,
masukkan perencah sup. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging, daun nangka
dan air. Masak hingga daging empuk dengan menggunakan api yang perlahan.
Setelah daging empuk, masukkan sedikit garam.
5. Apabila nasi telah hancur dan
lembut masukkan lobak merah dan sayur hijau. Biarkan hingga sayur lembut.
6. Kemudian, masukkan daging
bersama kuahnya. Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.
7. Tunggu hingga mendidih.
Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan