Rabu, 14 November 2012

Bubur Gandum

Bubur Gandum

Bahan-bahan :

500 gram biji gandum (direndam seketika)
Santan daripada 1 biji kelapa
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus biji gandum dengan air yang banyak hingga gandum kembang.

2. Masukkan gula secukup rasa. Biarkan seketika.

3. Masukkan santan secukupnya, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

4. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 5 November 2012

Bihun Sup Daging

Bihun Sup Daging

Bahan-bahan :

Bihun
Daging (dipotong kecil)
1 bungkus sup bunjut
Perencah sup
1 sudu kecil rempah kurma
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
2 helai daun nangka
Ubi kentang (dipotong)
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus sehingga kuning dan naik bau.

2. Masukkan perencah sup, rempah kurma dan sedikit air. Seterusnya masukkan daging, sup bunjut, asam keping dan daun nangka. Masak dengan api perlahan agar daging tidak masak mengejut.

3. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika.

4. Seterusnya, masukkan air secukupnya bersama ubi kentang. Tunggu hingga mendidih dan ubi kentang empuk. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

5. Sedia untuk dihidang.

Air Jagung

Air Jagung

Bahan-bahan :

Bes perisa jagung
Susu pekat manis
Gula
Air panas
Ketul ais


Cara Membuatnya :

Larutkan gula di dalam air panas. Masukkan bes perisa jagung. 

Seterusnya, masukkan susu pekat secukupnya.

Akhir sekali, masukkan ketul ais. Biarkan ia sejuk.

Sedia untuk diminum.