Isnin, 6 Mei 2013

Sandwich Telur Goreng


Bahan-bahan :


Roti sandwich
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam halus
Sos cili
Mayonis
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :


1. Satukan telur, garam halus dan lada sulah di dalam bekas. Kemudian kacau atau kokok sedikit agar ianya sebati. 

2. Panaskan kuali dengan memasukkan sedikit minyak. Tuangkan telur yang dikacau tadi dan goreng hingga masak. 

3. Hancurkan telur yang digoreng dan masukkan sos cili dan mayonis secukup rasa.

4. Ambil sekeping roti sandwich  dan letakkan telur di atasnya. Ratakan hingga kena pada semua permukaan roti. Ambil sekeping lagi roti sandwich dan tangkupkan di atasnya.

5. Potong dua roti tersebut untuk membentuk segitiga. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 5 Mei 2013

Kek Limau Biasa


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen limau
1 biji lemon (diparut kulitnya sahaja)
2 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya :

1. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen limau dan juga parutan kulit lemon. 

3. Seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji dan dikacau. 

4. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. 

6. Bakar hingga masak.
 

Selasa, 30 April 2013

Air Tembikai


Bahan-bahan :


½ biji buah tembikai
6 sudu besar gula pasir
Air
Ketul ais


Cara Membuatnya :


1. Cuci dan potong buah tembikai. Asingkan sedikit tembikai untuk dipotong dadu sebagai hiasan.

2. Larutkan gula di dalam air panas untuk membuat sirap atau air gula.

3. Kisar tembikai dengan air, kemudian campurkan dengan sirap dan masukkan ke dalam jag.

4. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya. Biarkan sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.