Bahan Doh :
500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang
Bahan
Inti :
Pisang yang telah masak (dihiris
nipis)
Sedikit gula
Cara
Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum dan
masukkan telur, gula dan garam.
2. Seterusnya, masukkan air
sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan
menjadi doh yang baik atau sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi
bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak
agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam.
4. Tebar bebola tepung hingga
nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika
hendak menggoreng nanti.
5. Pisang dihiris nipis dan
masukkan sedikit gula. Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan inti pisang di tengah
dan lipat bentuk empat segi.
7. Panaskan kuali nipis dan
sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga
masak.
8. Sedia untuk dihidang.