Jumaat, 2 Ogos 2013

Biskut Nescafe

Biskut Nescafe

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 peket kecil Nescafe 3 in 1
½ sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum 


Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila dan juga kuning telur. Kacau lagi.

Masukkan serbuk Nescafe dan dikacau hingga sebati.

Seterusnya, masukkan tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. 

Kemudian bolehlah diterap menggunakan acuan mengikut citarasa sendiri. Bakar hingga masak.

Sedia untuk dihidang.
 

Isnin, 29 Julai 2013

Petua Melembutkan Donat


Kuih Donat

Kuih donat yang kita buat biasanya agak keras terutama setelah sejuk. Untuk mengelakkan donat menjadi keras, campurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah direbus dan dilenyek ke dalam bancuhan tepung donat. Insya-Allah donat tadi akan menjadi lembut dan sedap rasanya walaupun telah sejuk.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Menyedapkan Masakan Kari


Rempah yang anda beli di kedai sesetengahnya tidak memberikan rasa yang enak jika anda memasaknya tanpa menambahkan bahan lain ke dalamnya. Untuk menjadikan kari anda lebih enak, eloklah anda campurkan sedikit ketumbar dan sebiji bawang putih ketika kari anda sudah menggelegak dan hendaklah diangkat. Dengan cara ini kari anda akan menjadi lebih berperisa.

Sumber : Mingguan Wanita