Jumaat, 19 Februari 2016

Murtabak Maggi Simple

Murtabak Maggi Simple

Bahan-bahan :

1 bungkus maggi kari
2 biji telur
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Rebus maggi sehingga lembut. Toskan airnya.

2. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan perencah kari maggi.

3. Pukul sedikit telur dan masukkan maggi tadi.

4. Kacau hingga telur dan maggi bercampur atau sebati.

5. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.

6. Tuangkan maggi tadi dan ratakan ia mengikut ketebalan yang diingini.

7. Goreng hingga keperangan atau masak dan angkat.

8. Potong dan sedia untuk dinikmati.

Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Pulut Kacau Sirap Rose

Pulut kacau sirap rose atau wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan dan juga santan. 

Pulut kacau sirap rose sangat popular terutama semasa kenduri-kendara dan musim perayaan. Ia juga boleh dijadikan hantaran kerana rasanya yang enak dan warnanya yang menarik.


RESIPI PULUT KACAU SIRAP ROSE

OLEH : SAJIAN HATI

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
1 kg santan
1 kg gula pasir
1 cawan air
Bes minuman perisa rose @ Sirap rose
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Basuh dan rendam beras pulut semalaman. Kemudian, toskan airnya.


Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Masukkan pulut di dalam periuk pengukus dan buatkan lubang di tengahnya.



Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak. Tutup api.


Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Di dalam kuali, campurkan santan, gula, garam, air dan juga sirap rose. Letakkan daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Masak sehingga mendidih. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.


Step by Step Cara Membuat Pulut Kacau Sirap Rose

Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya. Potong dan sedia untuk dihidang.


Pulut Kacau Sirap Rose

Sabtu, 13 Februari 2016

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
8 mug air
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
Strawberi emulco
Bes minuman berperisa jagung
Jelly pelbagai perisa


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama air hingga mendidih dan agar-agar menjadi hancur.

2. Masukkan gula secukupnya dan biarkan hingga gula larut.

3. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

4. Tutup api dan biarkan agar-agar menjadi suam kerana jika terlalu panas boleh menyebabkan jelly cair.

5. Susun jelly ke dalam acuan dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian beku seketika.

6. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian.

7. Letakkan perisa jagung serta strawberi. Satu lagi dibiarkan kosong iaitu agar-agar perisa susu.

8. Tuangkan agar-agar susu ke atas jelly dengan perlahan dan biarkan sejuk.

9. Setelah sedikit keras, cakarkan sedikit tuangkan agar-agar strawberi pula.

10. Akhir sekali, cakarkan lagi masukkan agar-agar perisa jagung.

11. Biarkan ia keras sepenuhnnya dan sedia untuk dinikmati.