Selasa, 26 Mei 2020

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia bersaiz besar (dipotong dua)
1 cawan Nestum (dikisar halus)
½ cawan Horlicks
½ cawan gula kastor atau gula halus
Lidi sate (untuk menggulung)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (sebagai pelekat)


Cara Membuatnya :

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi sate. Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum.

2. Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam kulit popia masak.

3. Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembap untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan potong).

4. Kulit popia yang telah siap digulung dipotong serong menggunakan gunting.

5. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

6. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, taburkan nestum, horlicks dan gula kastor ke atas kulit popia.

7. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 25 Mei 2020

Biskut Suji Arab Azlina Ina

Biskut Suji Arab Azlina Ina

Biskut Suji Arab Azlina Ina

Biskut Suji Arab Azlina Ina

Biskut Suji Arab Azlina Ina

Bahan-bahan :

1 cawan minyak sapi
1 cawan gula halus (boleh kurangkan)
½ cawan susu tepung
Tepung gandum secukupnya
Ceri


Cara Membuatnya :

1. Masukkan minyak sapi ke dalam bekas dan kacau guna senduk atau whisk.

2. Kemudian masukkan gula halus dan kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkan susu tepung dan juga tepung gandum.

4. Masuk dulu 2 cawan tepung gandum sambil diuli.

5. Jika masih lembut tambahkan tepung sedikit demi sedikit.

6. Bulat-bulatkan adunan sampai habis. Letak ceri di atasnya.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius api atas bawah.

8. Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sampai masak.

Jumaat, 24 April 2020

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Sumber Resipi

Bahan-bahan :

Pisang  (hiris nipis 3 bahagian)
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung @ tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit @ pewarna kuning
½ sudu kecil baking powder
1 biji telur
½ sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Satukan semua bahan di atas kecuali pisang.

2. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati.

3. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang.

4. Bahagikan adunan tepung kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian untuk celup pisang.

6. Satu bahagian lagi untuk dijadikan adunan tepung cair.

7. Celup pisang dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

8. Masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair.

9. Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan.

10. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik.

11. Kemudian dikacau dan dibalik-balikkan sehingga garing di kedua-dua permukaan.

12. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.