Selasa, 1 Jun 2021

Cara Membuat Roti Sosej Sampan

 
 Timbang doh 50 gram.

 
Lenyekkan doh.

Masukkan dalam paper cup.

 
Letakkan sosej di tengah.
Sapukan kuning telur di permukaan atas.
 
 
Letakkan sos cili, mayonis dan serbuk origano.
 
 
Roti Sosej Sampan
 
Nak resipi roti?

Cara Membuat Roti Sosej Bantal

 Timbang doh 50 gram.

 
Canaikan doh.
 
 
Letakkan sosej di tengah. 
Sosej tak perlu dimasak.
 
 
Cantumkan atau jahitkan di belakang.
 
 
Masukkan dalam paper cup.
Sapukan kuning telur.

 
Letakkan sos cili, mayonis dan juga taburkan serbuk origano.
 
 
Roti Sosej Bantal
 
Nak resipi roti?
Klik di sini 

Sabtu, 15 Mei 2021

Biskut Kelapa Nestum





Bahan-bahan :

1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1 sudu besar tepung kastard

1 cawan kelapa kering (disangai)

1 cawan nestum

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan nestum dan juga kelapa.

4. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.

5. Uli hingga menjadi doh serta tak lekat pada tangan.

6. Tekap dengan acuan kesukaan dan letakkan manik di atasnya.

7. Bakar pada suhu 170oC selama 20-25 minit atau mengikut oven masing-masing.