Bahan-bahan
:
10 gram agar-agar tali
7 ½ mug air
Sedikit gula
1 tin susu pekat manis
2 helai daun pandan (disimpul)
Pelbagai perisa
Pelbagai perisa
Cara
Membuatnya :
1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Letakkan juga daun pandan agar lebih wangi.
3. Apabila agar-agar hancur, masukkan gula dan biarkan gula
larut.
4. Masukkan juga susu pekat manis dan masak hingga mendidih.
5. Tutup api dan bahagikan kepada beberapa bahagian.
6. Tuangkan perisa yang digemari.
7. Biarkan agar-agar sejuk sepenuhnya di dalam peti ais.
Nota :
Boleh masukkan perisa milo, serbuk koko, strawberi emulco, pandan emulco dan
sebagainya mengikut citarasa sendiri.