Bahan Kek (Loyang 7 x 7)
160gram tepung spongemix
160gram telur (3-4 biji)
40gram susu coklat
1 sudu teh coklat emulco
40gram minyak jagung
1 sudu makan ovalatte
Bahan Coklat Layer
Bahan A :
10gram serbuk agar-agar (1 paket)
500gram air panas
120gram gula pasir @ kastor
½ sudu teh garam halus
Bahan B :
700gram susu coklat
30gram tepung angkwee
30 gram tepung jagung
1 biji telur gred A/B
100gram dark coklat coin
Cara Membuat Kek :
1. Masukkan telur, tepung
spongemix dan ovalatte dalam food processor.
2. Masukkan juga coklat emulco dan susu coklat .
3. Putar sampai gebu, guna sampai
kelajuan 5. Tutup food processor.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan
minyak dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan minyak ke
dalam adunan kek semula dan sebatikan.
6. Guna loyang saiz 7, alas
dengan baking paper (tak perlu sapu minyak).
7. Masukkan adunan kek dalam loyang,
hentak 3 kali supaya kek tidak berongga.
8. Panaskan oven, bakar pada suhu
160 selama 30-35 minit.
Cara Memasak Bahan A :
Campurkan bahan A iaitu gula,
garam, agar-agar ke dalam air panas.
Kacau dan ketepikan.
Cara Memasak Bahan B :
Susu coklat, tepung jagung, telur
dan tepung angkwee dikacau menggunakan whisk.
Kacau sampai sebati dan tepung
tidak berketul.
Cara Memasak Puding :
1. Masak atau panaskan dulu air agar-agar
tadi hingga berbuih.
2. Kemudian tapis air coklat yang
dibancuh dan masukkan dalam periuk agar-agar.
3. Kacau sehingga agak pekat, masukkan
coklat coin.
4. Kacau sampai pekat dengan menggunakan
api yang perlahan.
5. Masak sehingga meletup-letup
iaitu keluar letusan dipermukaannya. Tutup api.
Cara Membuat Layer :
1. Potong kek kepada 3 layer.
Pastikan kek sejuk dahulu sebelum dipotong.
2. Layer pertama 300gram sahaja.
Masukkan dalam loyang dan ratakan. Hentakkan.
3. Ambil kek layer pertama dan
tekan.
4. Timbang lagi 250gram dan
ratakan. Tak perlu hentak dan masukkan kek.
5. Timbang lagi 250gram dan
ratakan. Letak kek dan tekan sikit.
6. Kemudian habiskan semua adunan
puding.
7. Masukkan dalam peti sejuk
selama 4 jam atau semalaman.
8. Nak keluarkan kek dari loyang,
potong tepi kek dengan pisau.
9. Hentakkan sedikit bila hendak
keluarkan kek.
10. Sedia untuk dinikmati bersama
keluarga tersayang.