Jumaat, 28 Jun 2024

Biskut Almond London @ Tiktok KakEcah





Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

60 gram gula aising

1 biji kuning telur

50 gram cornflakes kisar

1 sudu teh esen vanila

300 gram tepung gandum

Biji badam (dipanggang)

Coklat masakan

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter dengan gula aising.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

6. Ambil sedikit doh, masukkan badam panggang. Kemaskan doh.

7. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak.

8. Setelah sejuk, celupkan dengan coklat masakan yang dicairkan.

9. Taburkan di atasnya dengan badam yang dipotong kecil.

10. Biarkan sehingga coklat keras. Sedia untuk dihidang.

 

Cara Panggang Badam

1. Bakar dalam ketuhar pada suhu rendah selama 1 jam 30 minit.

2. Setiap 30 minit, kacau-kacau dan terbalikkan badam.

 

Biskut Semperit Cik Ani (Facebook)







Bahan-bahan :

2 ½ cawan tepung gandum

1 ½ cawan tepung kastard

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula aising

250 gram buttercup

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati buttercup dan gula aising menggunakan senduk.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Tekan adunan dengan acuan semperit pecah 15.

6. Letak ceri merah di tengah biskut.

7. Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau bergantung pada jenis ketuhar. 

 

Jumaat, 10 Mei 2024

Agar-agar Pandan Santan Segera

Agar-agar Pandan Santan Segera

Agar-agar Pandan Santan Segera

Agar-agar Pandan Santan Segera

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar tali

3 mug air

Gula secukup rasa

6 helai daun pandan

1 kotak kecil santan

1 biji telur

Pewarna hijau

Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 3 mug air sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan biarkan gula larut.

3. Mesin daun pandan bersama 1 mug air dan tapiskan.

4. Masukkan santan dalam mug, tambahkan air jadikan satu mug santan.

5. Campurkan santan, air daun pandan, garam dan juga telur.

6. Kacau sebati dan masukkan campuran tersebut ke dalam agar-agar.

7. Letakkan juga sedikit pewarna hijau dan biarkan mendidih.

8. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan.

9. Biarkan sejuk, potong dan sedia untuk dinikmati.