Bahan-bahan
:
1 ekor ayam
2/3 piring cili kering yang
dipotong
1 ulas bawang besar (dimesin)
3 ulas bawang merah (dimesin)
3 ulas bawang putih (dimesin)
Halia (dimesin)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah tomato
Sedikit sos cili
Sedikit serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
Cara
Membuatnya :
1. Satu ekor ayam dibersih dan
dipotong kemudian digoreng hingga separuh masak.
2. Mesin bawang besar, bawang
merah, buah tomato, cili kering, bawang putih dan halia. Kisar hingga halus.
3. Panaskan sedikit minyak di
dalam kuali dan tumis bawang merah yang dihiris bersama daun kari, bunga
cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
4. Seterusnya, masukkan bahan
yang telah dikisar bersama-sama ayam yang dimasak tadi. Biarkan hingga pecah
minyak.
5. Masukkan gula dan garam
secukup rasa bersama serbuk jintan manis. Masukkan juga sos cili secukupnya.
6. Langkah seterusnya ialah
dengan memasukkan air yang mencukupi untuk dijadikan kuah.
7. Tunggu hingga mendidih dan
bolehlah ditutup api. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk
dihidang bersama nasi.