Khamis, 6 Oktober 2011

Agar-agar Lumut @ Pandan

Agar-agar Lumut @ Pandan

Bahan-bahan : 

24 gram agar-agar
3 cawan air
1 ½ cawan air pandan (10 helai daun pandan yang dikisar dan ditapis)
1 ½ cawan santan pekat
Gula secukupnya
Secubit garam
1 biji telur dipukul

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur.  Masukkan gula secukupnya.

Kemudian, masukkan air pandan dan santan. Kacau dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur yang dipukul. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dituang ke dalam acuan. Tunggu hingga sejuk dan bolehlah dihidang.

Sabtu, 17 September 2011

Kuih Dangai



Bahan-bahan : 


2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
½  cawan gula (ikut suka)
Sedikit garam

Cara Membuatnya : 


Gaul semua bahan iaitu kelapa, tepung pulut, gula dan garam.

Masukkan ke dalam loyang, bahagian bawah ditekan sedikit. Masak dalam oven pada suhu 180 selama 5 - 10 minit (hingga sedikit keperangan).

Lebih elok jika menggunakan acuan kuih dangai dengan memasak di atas api yang perlahan. Tabur sedikit tepung gandum di dalam acuan agar tidak melekat.

Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.
 

Jumaat, 16 September 2011

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus

Bahan – bahan : 

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara Membuatnya : 

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Kemudian, masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.

Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.  Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.

Masukkan pula tepung gandum bersama soda. Sebatikan.

Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah sejuk. Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.

Bakar dengan api sederhana 160 -180 selama 1 jam.